Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Rujukan
Prof Dr Normaliza Abd Rahim, Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Di kampung itu,
terdapat sebuah keluarga yang sangat bahagia. Hakim lahir daripada keluarga
yang sederhana tetapi bahagia dilengkapi dengan ibu bapa, adik dan juga empat
orang adik-beradik. Hakim anak ketiga daripada empat beradik itu. Walaupun ibu
bapanya sibuk bekerja setiap hari, Hakim sentiasa membantu ibu dan bapanya
dalam menguruskan kerja di rumah. Setiap hujung minggu, selepas bangun pagi,
Hakim membantu ibunya berkebun di belakang rumah dengan dibantu oleh kakaknya
iaitu Kak Sarah. Kak Sarah selalu menasihati Hakim agar selalu ringan tulang
untuk membantu ibu dan bapa. Pada waktu malam pula, Hakim membantu adik-adiknya
mengulang kaji pelajaran di ruang bacaan sebelum tidur. Selain itu, dia seorang
yang patuh dan hormat kepada kedua-dua ibu bapa. Oleh sebab itu, Hakim
disayangi oleh ahli keluarganya kerana sikapnya yang pemurah dan sentiasa mempermudahkan
urusan orang lain. Hakim sering mengucapkan kata-kata yang baik terhadap ibu,
bapa, dan juga adik-beradiknya yang lain. Seterusnya, ibu bapa Hakim selalu memberikan kasih sayang
mereka dengan secukupnya selain melayan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Keluarga mereka
hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Keluarga Hakim selalu ada ketika dia
memerlukan sama ada dalam situasi susah dan juga senang. Kesimpulannya, kita
haruslah mendahulukan ibu bapa dan juga keluarga dahulu daripada orang lain.