BBN3402

Khamis, 20 Februari 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2- Buku Wacana PROF DR NORMALIZA ABD RAHMAN


Ringkasan cerita sosial 2 


Cerita sosial 2 ini mengisahkan tentang hubungan kejiranan yang dipupuk dengan baik oleh dua buah keluarga serta sikap keprihatian dan baik hati Alim terhadap orang lain. Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim telah membeli buah-buahan di pasar tani kerana bapanya tahu anak- anaknya gemar makan buah-buahan. Buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah duku, buah langsat dan sebagainya.dalam rumah itu sungguh gembira kerana dapat berkumpul untuk menikmati buah-buahan tempatan tersebut. Ibu menyediakan bakul sampah dan mengingatkan anak-anak meletakkan sampah di dalam bakul yang disediakan. Ibu dan ayah Alim sentiasa menasihati anak-anak mereka. Kemudian, Alim menanyakan kepada ibu untuk memberikan buah-buahan kepada jiran mereka iaitu, Sulaiman. Selepas Alim memberikan seplastik buah-buahan kepada Sulaiman, lantas Sulaiman dengan gembira mengucapkan terima kasih kepadanya. Setelah selesai makan, Alim membantu abang dan kakaknya serta ibu bapanya mengemas rumah. Semasa di luar rumah, Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman mengucapkan terima kasih ketika terserempak dengan Alim. Alim juga berkata bahawa ibu sentiasa mengingatkannya untuk berkongsi kerana ianya salah satu perbuatan yang baik. Mereka hidup dalam semangat dan nilai moral kejiranan yang tinggi.

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Dear prof kesayangan, Terima kasih untuk setiap ajaran... Terima kasih untuk segala ilmu... Terima kasih untuk didikan yang sempurna... Sa...