BBN3402

Jumaat, 14 Februari 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1 : Nenek dan Datuk

Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Alim. Alim mempunyai dua orang nenek dan dua orang datuk yang tinggal di daerah Kajang dan Melaka. Pada suatu hari, Alim telah berhasrat untuk pulang ke kampung datuk dan nenek di Kajang. Suasana yang tenteram di kampung itu telah menyebabkan Alim begitu selaesa dan sangat gembira apabila berada di kampung berbanding di bandar. Ketika berada di kampung, dia sangat teruja namun sikap keterujaan Alim itu berubah kepada agak kecewa dan sedih kerana apabila tiba di kampung Alim mendapati bahawa ayam dan itik peliharaan telah pun mati. Alim juga mendapati bahawa ayam dan itik yang selalu berada di reban rumah datuk dan neneknya telah tiada. Namun, Alim terus menangis kerana memikirkan ayam dan itik itu telah mati tanpa bertanya kepada datuk dan nenek. Hal ini demikian membuatkan nenek terus bergegas kepadanya. Sebenarnya, ayam dan itik bukan telah mati, namun nenek memberitahu bahawa ayam dan itik yang berada di reban tersebut telah dipindahkan ke reban yang baru yang diuat oleh datuk. Alim terus berasa gembira melihat ayam dan itik itu masih hidup. Selepas selesai melawat reban ayam dan itik, Alim terus masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba dia menangis lagi kerana mendapati keadaan dan suasana di dalam rumah itu amat berbeza berbanding sebelum ini. Nenek telah menerangkan bahawa rumah ini telah diubah suai. Setelah memberi penerangan sejelas-jelasnya, akhirnya Alim mengerti tentang setiap perkara yang berlaku di rumah datuk dan neneknya sepanjang ketiadaan dia di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Dear prof kesayangan, Terima kasih untuk setiap ajaran... Terima kasih untuk segala ilmu... Terima kasih untuk didikan yang sempurna... Sa...