BBN3402

Khamis, 27 Februari 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN " KELUARGA " BUKU KAJIAN WACANA


Keluarga

Saya berasa puas hati

Menolong ibu bapa setiap hari

Bermula di pagi hari

Sehingga malam nanti


Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai


Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan 
Prof Dr Normaliza Abd Rahim, Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Di kampung itu, terdapat sebuah keluarga yang sangat bahagia. Hakim lahir daripada keluarga yang sederhana tetapi bahagia dilengkapi dengan ibu bapa, adik dan juga empat orang adik-beradik. Hakim anak ketiga daripada empat beradik itu. Walaupun ibu bapanya sibuk bekerja setiap hari, Hakim sentiasa membantu ibu dan bapanya dalam menguruskan kerja di rumah. Setiap hujung minggu, selepas bangun pagi, Hakim membantu ibunya berkebun di belakang rumah dengan dibantu oleh kakaknya iaitu Kak Sarah. Kak Sarah selalu menasihati Hakim agar selalu ringan tulang untuk membantu ibu dan bapa. Pada waktu malam pula, Hakim membantu adik-adiknya mengulang kaji pelajaran di ruang bacaan sebelum tidur. Selain itu, dia seorang yang patuh dan hormat kepada kedua-dua ibu bapa. Oleh sebab itu, Hakim disayangi oleh ahli keluarganya kerana sikapnya yang pemurah dan sentiasa mempermudahkan urusan orang lain. Hakim sering mengucapkan kata-kata yang baik terhadap ibu, bapa, dan juga adik-beradiknya yang lain. Seterusnya,  ibu bapa Hakim selalu memberikan kasih sayang mereka dengan secukupnya selain melayan anak-anak bagai  menatang minyak yang penuh. Keluarga mereka hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Keluarga Hakim selalu ada ketika dia memerlukan sama ada dalam situasi susah dan juga senang. Kesimpulannya, kita haruslah mendahulukan ibu bapa dan juga keluarga dahulu daripada orang lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Dear prof kesayangan, Terima kasih untuk setiap ajaran... Terima kasih untuk segala ilmu... Terima kasih untuk didikan yang sempurna... Sa...