BBN3402

Khamis, 13 Februari 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Cara-cara menulis blog

Terdapat 10 cara untuk menulis blog dengan baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

7. Dapat dibaca dan fahami.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.


Berdasarkan daripada buku Eh!!! Media Sosial, blog merupakan medium dialog di antara penulis dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog yang lain serta pembacanya. Tujuan  menulis blog adalah untuk berkongsi berapa banyak pengalaman kepada orang lain yang dikenali sebagai pembaca. Blog juga merupakan laman web yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan digunakan. Langkah pertama haruslah mencari tajuk yang sesuai dan menarik untuk diceritakan kepada pembaca di dalam blog tersebut. Seterusnya, untuk memberi blog itu kelihatan menarik, haruslah memasukkan ayat-ayat yang berjenaka dan humor supaya dapat menarik perhatian pembaca. Pembaca akan berasa seronok yang terhibur dengan pembacaanya tersebut. Selain itu, penulis haruslah memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan. Hal ini demikian kerana, hujah yang baik lahirnya daripada idea fikiran yang menarik dan mencurah-curah untuk ditulis dalam penulisan itu. Penggunaan ayat dan perkataan haruslah ringkas dan padat agar difahami oleh pembaca dan juga penulis itu sendiri. Hal ini bertujuan agar penulis dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penerapan moral dan nilai estetika dalam penulisan adalah langkah terbaik dalam penulisan blog supaya dapat memberi pengajaran dan nilai-nilai murni kepada pembaca. Akhir sekali, cara untuk menulis blog dengan baik adalah berilmu untuk penulisan pendidikan seiring dengan matlamat untuk membangunkan pendidikan yang baik. Seperti kana yang kita tahu, tidak ramai orang yang tahu tentang cara penulisan blog yang terbaik dan sempurna dalam penulisan masing-masing. Normaliza Abd Rahim(2014)

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Dear prof kesayangan, Terima kasih untuk setiap ajaran... Terima kasih untuk segala ilmu... Terima kasih untuk didikan yang sempurna... Sa...