BBN3402

Selasa, 24 Mac 2020

BBM3410Satu2020: AKSI SIMPULAN BAHASA


Assalamualaikum. Ini adalah antara tugasan yang disuruh oleh Prof semasa cuti disebabkan COVID-19. Kumpulan kami memilih simpulan bahasa yang senang dan mudah untuk melakukan aksi-aksi tersebut. Selamat Menonton guys !

Isnin, 23 Mac 2020

BBM3410Satu2020:PROF LIKE IG

Assalamualaikum. Sepanjang cuti disebabkan C0vid-19 ni hanya mereput je duduk kat rumah. Makan tidur makan tidur je kerjanya huhuhu. Tadi masa siap-siap memasak di dapur, naik notification daripada Prof. Huhu tu buktinya gambar kat atas. Terima kasih Prof sebab like post di Instagram !

Isnin, 16 Mac 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ke 6 kami diarahkan untuk melakukan tugasan dengan menentukan jenis-jenis flatlay.




Flatlay merujuk kepada cara gambar atau foto yang diambil oleh seseorang. Terdapat empat jenis flatlay iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. Flatlay merujuk kepada kamera yang diletakkan dan dibetulkan dengan 90 darjah dan gambar diambil daripada atas. Half flatlay pula adlah kedudukan kamera yang 45 darjah daripada item tersebut atau nampak seperti di ambil dari sisi atas. Quarter flatlay merujuk kepada kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5 darjah daripada item itu. Manakala zero flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan di atas lantai atau meja. Video yang kami persembahkan ini menunjukkan flatlay yang pelbagai. Selamat menonton !

Isnin, 9 Mac 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi (VIDEO)


https://youtu.be/72ERmYGXi9w

Alhamdulillah, pada hari ini kumpulan The Luxe Production mempersembahkan video di dalam kelas. Terima kasih kepada kru-kru yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung. Tidak lupa juga kepada Prof Dr Normaliza kerana memberi tunjuk ajar dan komen yang positif dan tunjuk ajar serta juga nasihat kepada kami. Semoga penat lelah ini menghasilkan sesuatu yang positif kepada kami semua. #redhaituperlu

Khamis, 5 Mac 2020

BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik








BBM3410Satu2020: Asas Grafik



Elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan juga keseimbangan.
1.      Mudah
Mudah merujuk kepada gambaran yang difahami secara mudah apabila melihat bentuk foto ataupun video. Mudah juga menjelaskan mesej yang terdapat dalam gambaran yang sedia ada senang difahami oleh audien tanpa keraguan atau kekeliruan.

2.      Warna
Kombinasi warna adalah tidak lebih daripada tiga warna bagi grafik dan lebih daripada tiga warna adalah foto dan juga video. Kadang kala, ianya bergantung krpada objektif atau pun mesej yang hendak disampaikan. Warna yang dipilih haruslah bersesuaian dengan gambar untuk menampakkan perbezaan kontra terhadap grafik tersebut.

3.      Teks
Penggunaan jenis dan saiz font yang dipilih haruslah bersesuaian bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Mesej yang ditulis dengan baik menggunakan teks yang sesuai untuk menunjukkan persepsi tentang grafik tersebut.

4.      Kesesuaian
Grafik haruslah sesuai dengan latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam foto atau video. Elemen yang berkaitan bersama yang dikumpulkan supaya berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan.  Elemen-elemen yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan juga mesej. Contoh, ia boleh dihasilkan dengan menggunakan anak panah, garisan, bentuk dan warna.

5.      Keseimbangan
Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang. Elemen grafik haruslah disusun dengan betul supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Audien akan berasa selasa untuk memandang kerana grafik dapat disampaikan dengan baik.







Rujukan
Multimedia dalam Bahasa. (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia.












BBM3410Satu2020: Analisis Wacana Kritis


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori analisis wacana kritis (VANDIJK, 1977) dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi focus kepada makna local daripada suatu teks yang diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan.
Struktur Mikro
Makna local daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.


Rajah 1: Teori Analisis Wacana kritis oleh VanDijk (1977)



Rujukan :
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi(2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410SATU2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)


TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT(1997)
Strategi Pengekalan atau Pengurangan
1.       Pengabaian/Peninggalan mesej
2.       Pengelakan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
3.       Parafrasa (Circumlocution)
4.       Penghampiran
5.       Penggunaan perkataan semua tujuan
6.       Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7.       Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8.       Terjemahan literal
9.       Pengantarabangsaan
10.   Pertukaran kod
11.   Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appeal for help Stalling
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12.   Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)

Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah 7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelsan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian, atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.
                Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada [enukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangaan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantic yang hamper sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.
                Merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997) mendapati bahawa terdapat penambahbaikan dan dicadangkan dengan strategi yang baharu. Oleh itu, kajian ini telah merujuk strategi komunikasi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang bharu. Pendekatan strategi komunkasi yang baharu ini telah dibuktikan dengan kajian dalam buku ini. Pendekatan strategi yang baharu merujuk kepada singkatan penafian/percanggahan, persoalan, perujukan, imaginasi dan kesopanan. Enam strategi ini tidak terdapat dalam strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997). Pendekatan strategi komunikasi ini dilihat bersesuaian dengan kajian yang dilakukan.
               Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), pendekatan strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Pengasingan ini membolehkan kita membezakan dengan strategi yang lain. Strategi ini penting untuk mengelakkan daripada menulis sesuatu topik sekiranya tidak mengetahui sesuatu perkataan. Melalui penghampiran. Perkataan yang semantiknya sama dengan perkataan sasaran boleh digunakan. Penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat boleh digunakan. Selain daripada itu, melalui penstrukturan semula, peninggalan mesej disebabkan kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat juga boleh digunakan.



Rujukan :
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi(2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020:MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM


TUGASAN B

Manfaat yang terdapat dalam Kesimpulan Bab 4 adalah cerita pendek Instagram telah memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga bekongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang lain. Selain itu, manfaat subjek kajian ini menunjukkan bahawa mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Hal ini dapat menambahkan pengetahuan yang tinggi dalam diri pengguna. Tambahan pula, Instagram juga berupaya meningkatkan penggunaan teknologi dan menurut hasil kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell(2013) di mana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Manfaat seterusnya adalah kajian tersebut bakal membantu pengajar dan pengguna cerita pendek Instagram dalam menggunakan Instagram secara positif. Cerita pendek Instagram juga akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Manfaat kajian ini akan menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul dan pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar. Oleh itu, pengguna akan dapat meningkatakan daya IT mereka dengan adanya akaun Instagram. Pendek kata, generasi pada masa kini semakin mahir menggunakan teknologi yang canggih dalam media sosial. 

Rujukan / Bibliografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh !!! Media Sosial. Terengganu;Universiti Malaysia Terengganu. 


 









BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


Tugasan A

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), dan perbincangan bab 6 ini mengulaskan tentang tiga bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkenaan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Antara genre-genre yang dikaji dalam kajian ini ialah puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas pantun menunjukkan bahawa wanita mempeoleh keputusan yang tertinggi iaitu sebanyak 80% berbanding lelaki iaitu 66.7%. Seterusnya, kajian yang dilakukan ke atas cerpen juga menunjukkan bahawa wanita juga menunjukkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 96.7% berbanding peratusan lelaki iaitu 86.7%. Berdasarkan kajian menunjukkan bahawa cerpen yang berkaitan dengan cerita kanak-kanak menjadi pilihan para penulis cerpen. Selain itu, kajian ke atas penulisan skrip juga mencatatkan bahawa perempuan lebih tinggi berbanding lelaki iaitu sebanyak 93.3% berbanding 76.7%. Akhir sekali, kajian ke atas pantun juga menunjukkan bahawa perempuan juga mempunyai peratusan yang tinggi berbanding lelaki iaitu sebanyak 86.7% berbanding 66.7%. Peratusan ini menunjukkan bahawa kebanyakan perempuan suka menulis pantun terutamanya pantun berunsurkan romantik. Seterusnya, pengkaji juga melakukan kajian ke atas blog dalam pembelajaran bahasa. Kajian ini dilakukan ke atas penulisan surat, meluahkan perasaan dan penulisan kritis daripada blog. Hasil Kajian penulisan surat di dalam blog menunjukkan bahawa perempuan mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu sebnayak 83.3% berbanding lelaki iaitu 80%. Seterusnya, kajian ke atas meluahkan perasaan di blog juga menunjukkan bahawa perempuan menunjukkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 100% berbanding lelaki iaitu sebanyak 66.7%. Hal ini kerana bagi perempuan meluahkan perasaan di blog merupakan medium terbaik untuk mereka. Selain itu, peratusan menulis teka-teki di blog juga dipegang oleh perempuan iaitu sebnayak 96.7% berbanding lelaki iaitu sebanyak 93.3%. Pengkaji juga turut melakukan kajian ke atas blog dalam pembelajaran teknologi. Antara aspek yang dititikberatkan dalam kajian ini ialah video, foto dan audio.  Hasil kajian ke atas foto dan audio telah menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan mempunyai peratusan yang sama iaitu sebanyak 100%. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan responden menyatakan bahawa unsur grafik dan audio merupakan elemen yang diminati oleh mereka untuk dimasukkan ke dalam blog mereka. Bagi gambar pula 93% lelaki dan 100% wanita menyatakan bahawa meletakkan gambar di blog boleh menyiapkan hantaran. Dapat disimpulkan bahawa  kebanyakan wanita lebih suka menggunakan telefon untuk mengambil gambar. 


Rujukan / Bibliografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh !!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.










  

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Dear prof kesayangan, Terima kasih untuk setiap ajaran... Terima kasih untuk segala ilmu... Terima kasih untuk didikan yang sempurna... Sa...