TUGASAN
B
Manfaat
yang terdapat dalam Kesimpulan Bab 4 adalah cerita pendek Instagram telah
memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian
mereka dan juga bekongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang
lain. Selain itu, manfaat subjek kajian ini menunjukkan bahawa mereka
mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Hal ini dapat menambahkan pengetahuan yang tinggi dalam diri pengguna. Tambahan pula,
Instagram juga berupaya meningkatkan penggunaan teknologi dan menurut hasil
kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell(2013) di
mana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan
kongsi pengetahuan mereka. Manfaat seterusnya adalah kajian tersebut bakal
membantu pengajar dan pengguna cerita pendek Instagram dalam menggunakan
Instagram secara positif. Cerita pendek Instagram juga akan membantu mereka
untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi
baharu. Manfaat kajian ini akan menyumbang kepada pengguna Instagram dalam
menggunakan teknologi dengan cara yang betul dan pengguna akan menggunakan
bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar. Oleh itu, pengguna akan dapat meningkatakan daya IT mereka dengan adanya akaun Instagram. Pendek kata, generasi pada masa kini semakin mahir menggunakan teknologi yang canggih dalam media sosial.
Rujukan / Bibliografi
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh !!! Media Sosial. Terengganu;Universiti Malaysia Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan