Elemen
asas grafik terbahagi kepada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan juga
keseimbangan.
1. Mudah
Mudah merujuk kepada gambaran yang difahami secara
mudah apabila melihat bentuk foto ataupun video. Mudah juga menjelaskan mesej
yang terdapat dalam gambaran yang sedia ada senang difahami oleh audien tanpa
keraguan atau kekeliruan.
2. Warna
Kombinasi warna adalah tidak lebih daripada tiga
warna bagi grafik dan lebih daripada tiga warna adalah foto dan juga video.
Kadang kala, ianya bergantung krpada objektif atau pun mesej yang hendak
disampaikan. Warna yang dipilih haruslah bersesuaian dengan gambar untuk
menampakkan perbezaan kontra terhadap grafik tersebut.
3. Teks
Penggunaan jenis dan saiz font yang dipilih haruslah
bersesuaian bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Mesej yang ditulis dengan
baik menggunakan teks yang sesuai untuk menunjukkan persepsi tentang grafik
tersebut.
4. Kesesuaian
Grafik haruslah sesuai dengan latar tempat, latar
masa, latar watak yang terdapat dalam foto atau video. Elemen yang berkaitan
bersama yang dikumpulkan supaya berdekatan dan dilihat sebagai satu
kumpulan. Elemen-elemen yang digunakan
haruslah bersesuaian dengan tema dan juga mesej. Contoh, ia boleh dihasilkan
dengan menggunakan anak panah, garisan, bentuk dan warna.
5. Keseimbangan
Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu
juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang. Elemen grafik haruslah
disusun dengan betul supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka
bentuk. Audien akan berasa selasa untuk memandang kerana grafik dapat
disampaikan dengan baik.
Rujukan
Multimedia dalam Bahasa. (2019). Normaliza Abd
Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan