Antara perbezaan yang
terdapat dalam kajian Facebook dan Twitter adalah dari segi makna adalah :
Makna – Facebook adalah salah satu laman web perhubungan sosial yang menghubungkan pengguna dengan sekumpulan besar orang lain pada masa yang sama manakala Twitter adalah laman web sambungan sosial yang boleh digunakan untuk menyiarkan dan membaca mesej ringkas.
Ciri asas –
Facebook adalah rangkaian yang biasa, di mana kita mengekalkan profil untuk
kekal berhubung dengan rakan yang lain manakala Twitter terkenal dengan ciri
blognya yang bersifat mikro.
Aksara
kandungan- Facebook bersifat tidak terhad manakala Twitter bersifat terhad
sehingga 140 aksara.
Facebook
kebiasaannya pengguna terdiri daripada golongan yang berumur manakala Twitter
popular dalam kalangan remaja masa kini.
Jangka hayat
kandungan – status yang diposkan di Facebook adalah malar hijau manakala
Twitter mempunyai keterlibatan dengan tweet adalah untuk jangka pendek.
Rujukan :
Eh !!! Media
Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Universiti Malaysia
Terengganu (UMT).