BBN3402

Khamis, 4 Jun 2020

CERITA SOSIAL 2 ( NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 4



Pendapat saya tentang nilai yang terdapat dalam cerita ini adalah nilai baik hati. Alim baik hati untuk berkongsi rezeki dengan orang lain dan tidak kedekut. Selain itu, cerita ini juga mengajar pembaca nilai baik hati dalam kehidupan. Selain itu, nilai berdikari dapat ditunjukkan dengan situasi Alim pandai memakai baju sendiri, pandai memakai kasut sendiri, dan pnadai membawa botol air ke sekolah. Contoh tersebut dapat dijadikan teladan oleh semua rakan-rakannya yang lain. Nilai yang terakhir yang terdapat dalam cerita ini adalah nilai hormat-menghormati. Kita seharusnya menghormati ibu bapa dan orang tua. Dalam ceita ini, sikap yang ditunjukkan oleh Alim sangat memberi inspirasi kepada pembaca walaupun Alim masih kecil. Kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kepentingan bagi nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita. Selain itu, terdapat banyak juga langkah untuk mewujudkan nilai-nilai murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti.

Rujukan :
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Normaliza Abd Rahim (2019). Universiti Malaysia Terengganu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Dear prof kesayangan, Terima kasih untuk setiap ajaran... Terima kasih untuk segala ilmu... Terima kasih untuk didikan yang sempurna... Sa...