CERITA SOSIAL 5 : JIRAN
Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.
Nilai-nilai murni yang didapati dalam cerita ini adalah nilai kerajinan, baik hati dan pemurah. Alim menunjukkan nilai kerajinan iaitu dengan menyusun dan mengemas buku. Sikap Alim ini patut dijadikan contoh oleh semua orang terutama kanak-kanak yang lain. Sebagai contoh, dia selalu berkongsi dengan rakannya tanpa rasa kedekut. Ibu bapanya juga telah mendidik Alim sejak kecil untuk berbuat baik.
Rujukan :
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Normaliza Abd Rahim (2019). Universiti Malaysia Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan