BBN3402

Khamis, 18 Jun 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER


Antara perbezaan yang terdapat dalam kajian Facebook dan Twitter adalah dari segi makna adalah :

Makna – Facebook adalah salah satu laman web perhubungan sosial yang menghubungkan pengguna dengan sekumpulan besar orang lain pada masa yang sama manakala Twitter adalah laman web sambungan sosial yang boleh digunakan untuk menyiarkan dan membaca mesej ringkas.
     
         Ciri asas – Facebook adalah rangkaian yang biasa, di mana kita mengekalkan profil untuk kekal berhubung dengan rakan yang lain manakala Twitter terkenal dengan ciri blognya yang bersifat mikro.


 Aksara kandungan- Facebook bersifat tidak terhad manakala Twitter bersifat terhad sehingga 140 aksara.

 Facebook kebiasaannya pengguna terdiri daripada golongan yang berumur manakala Twitter popular dalam kalangan remaja masa kini.

Jangka hayat kandungan – status yang diposkan di Facebook adalah malar hijau manakala Twitter mempunyai keterlibatan dengan tweet adalah untuk jangka pendek.


Rujukan :
Eh !!! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Dear prof kesayangan, Terima kasih untuk setiap ajaran... Terima kasih untuk segala ilmu... Terima kasih untuk didikan yang sempurna... Sa...