BBN3402

Khamis, 30 April 2020

BBM3410Satu2020: Eh !! Media Sosial



Media sosial dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian besar seperti Social Networks yang digunakan untuk bersosial dan berkomunikasi sebagai contoh facebook, twitter, instagram dan lain-lain lagi. Media sosial yang digunakan untuk berbincang seperti google talk dan forum. Bagi berkongsi file, video dan muzik, media sosial digunakan adalah seperti youtube, slideshare, flickr, dan untuk penerbitan sebagai contoh wikipedia dan blog adalah pilihan para pengguna.



Aktiviti 1 



Aktiviti 2



Aktiviti 3

Rujukan : Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Universiti Malaysia Terengganu. 


BBM3410Satu2020:CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2


CERITA SOSIAL 2 


Terdapat tiga nilai murni yang ada pada cerita sosial 2. Antaranya ialah nilai menghargai, tolong menolong dan pemurah. Saya mendapati nilai menghargai kerana Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Kita haruslah menghargai pemberian orang lain dengan mengucapkan kata-kata yang baik. Selain itu, nilai tolong menolong dapat dilihat ketika Alim menolong ahli keluarganya itu. Akhir sekali, nilai pemurah dapat dilihat ketika mereka berkongsi rezeki kepada orang lain. Kesimpulannya, kita haruslah mempraktikkan nilai-nilai murni seperti ini dalam diri masing-masing.


Rujukan :
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Normaliza Abd Rahim (2019). Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020 : RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


Rule of Thirds






Gambar di atas adalah huraian mengikut kefahaman saya tentang Rule of Thirds yang telah dipost di dalam laman Facebook. Bagi seseiapa yang gemar untuk berswafoto, boleh menggunakan grid tersebut yang ada pada kamera telefon pintar untuk menghasilkan gambar yang seimbang.

Rabu, 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi


Bahagian A
Nama: Ainur Nadhirah binti Abu Bakar
No.Matrik: 197802
Strategi Kesopanan
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini…
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.


Kesopanan Positif
Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
Mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rta tidak dibenarkan.
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cnatik baju kamu.

Rujukan
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Normaliza Abd Rahim (2019) Universiti Malaysia Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.



Bahagian B
Cerita ini mengisahkan seorang kanak-knak yang ceria yang bernama Alim. Ali ini mempunyai keluarga yang bahagia yang terdiri daripada ayah, ibu, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Cerita sosial 2 ini mengisahkan tentang hubungan kejiranan yang dipupuk dengan baik oleh dua buah keluarga serta sikap keprihatian dan baik hati Alim terhadap orang lain. Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim telah membeli buah-buahan di pasar tani kerana bapanya tahu anak- anaknya gemar makan buah-buahan. Buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah duku, buah langsat dan sebagainya.dalam rumah itu sungguh gembira kerana dapat berkumpul untuk menikmati buah-buahan tempatan tersebut. Ibu menyediakan bakul sampah dan mengingatkan anak-anak meletakkan sampah di dalam bakul yang disediakan. Ibu dan ayah Alim sentiasa menasihati anak-anak mereka. Kemudian, Alim menanyakan kepada ibu untuk memberikan buah-buahan kepada jiran mereka iaitu, Sulaiman. Selepas Alim memberikan seplastik buah-buahan kepada Sulaiman, lantas Sulaiman dengan gembira mengucapkan terima kasih kepadanya. Setelah selesai makan, Alim membantu abang dan kakaknya serta ibu bapanya mengemas rumah. Semasa di luar rumah, Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman mengucapkan terima kasih ketika terserempak dengan Alim. Alim juga berkata bahawa ibu sentiasa mengingatkannya untuk berkongsi kerana ianya salah satu perbuatan yang baik. Mereka hidup dalam semangat dan nilai moral kejiranan yang tinggi.




Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara




BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa


Bahagian A


Gambar di atas merupakan peta minda yang diringkaskan dalam buku Multimedia dalam Bahasa mengenai jenis-jenis shot yang dipelajari dalam kelas. Antara jenis shot iaitu long shot, medium shot, potrait, mug shot, close up, pemandangan, siluet, kabur, pendua, flatlay dan swafoto. Prof kami telah menerangkan secara terperinci beserta contoh-contoh semasa pembelajaran di dalam kelas. Saya berharap ianya amat berguna.

Rujukan :
Multimedia dalam Bahasa, Normaliza Abd Rahim (2019), Universiti Putra Malaysia.














Bahagian B
Rule of third merupakan satu item yang begitu penting dalam bidang fotografi. Hal ini dikatakan demikian kerana rule of third adalah dapat digunakan bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam foto yang telah diambil. Untuk mendapatkan sesuatu gambar yang menarik seseorangitu perlu menggunakan rule of third dengan cara yang betul. Antara cara-cara yang perlukan untuk menggunakan rule of third adalah semasa mengambil gambar seseoang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Melalui grid tersebut, rule of third digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk ‘garis’ yang juga berguna untuk elemen foto. Oleh itu, swafoto yang cantik akan dapat dihasilkan. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting dan dan cuba letakannya dekat garisan dan persimpangan grid. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Seperti semua peraturan, rule of third tidak digunakan dalam setiap situasi dan kadangkala boleh menghasilkan sebuah foto yang menarik. Sebagai contoh, dalam rule of third terdapat dua garis menegak. Apabila seseorang itu ingin bersua foto maka seseorang itu perlulah berada dalam garis rule of third dan kawannya juga perlu melakukan perkara yang sama.



Rujukan :
Multimedia dalam Bahasa, Normaliza Abd Rahim (2019), Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020 : Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini













Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses pemulihan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
                                                                                                  ( Normaliza Abd Rahim, 2014 )

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
                                                                    ( Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017 )
Huraian untuk kedua-dua rujukan
Berdasarkan kedua-dua rujukan tersebut, penulisan dalam media sosial seperti Twitter amatlah penting kerana ianya memberi kesan yang besar kepada pelajar dalam pelbagai aspek. Hal ini demikian kerana pengguna Twitter ini dapat memperbaiki cara dan tahap penulisan yang sesuai untuk berkomunikasi. Mereka dapat meluahkan emosi dan perasaan semasa menulis juga.  Namun,  terdapat cabaran yang mengganggap bahawa penulis sendiri tidak yakin dengan penulisan mereka kerana bimbang akan kesalahan ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Mereka berasa tidak yakin dan takut apabila orang lain membaca dan memberi komen yang negative terhadap penulisan tersebut. Walhal, sebenarnya menulis di dalam media sosial adalah memberi pengalaman dan keyakinan untuk terus berkarya dalam bidang penulisan. Selain itu, rujukan kedua menerangkan bahawa dalam proses pembelajaran pelajar lebih gemar untuk melibatkan secara terus dalam aktiviti agar dapat memberi fokus yang tinggi. Bagi mengelak salah faham dalam proses pembelajaran, adalah penting untuk pelajar mempunyai penglibatan secara terus. Menulis sebenarnya menyampaikan dan mengeluarkan idea- idea yang mencurah-curah dalam fikiran individu tersebut. Kemahiran menulis haruslah dipraktikkan menerusi pembacaan ilmiah yang banyak supaya dapat memperbaiki teknik penulisan masing-masing. Dalam menggunakan Twitter, ianya membawa kepada pemahaman lebih baik tentang cara penulisan yang efektif kepada orang ramai. Twitter juga adalah salah satu flatform yang mudah untuk diakses.











Rujukan :
Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit UMT. Universiti Malaysia Terengganu.



















BBM3410Satu2020 : Twitter ( Cerita Pendek )

Bahagian A


Gambar di atas menunjukkan jalan penceritaan dalam bentuk peta minda. Saya memilih tajuk cerita iaitu Sahabat Ke Syurga.


Rujukan :

Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.









Isnin, 27 April 2020

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA





Pada minggu ke 7 kelas Prof Normaliza, kami mempelajari bab 1 dan bab 2 dalam buku Multimedia dalam Bahasa. Seterusnya kami diminta untuk membuat nota dalam powerpoint. Kami membahagikan tugas dengan sama rata yang mewakili 10 orang dalam satu kumpulan. 





Dalam beberapa jam seterusnya, Prof memberi markah hasil daripada tugasan itu tadi. Walaupun sedikit kalut masing-masing ( bukan sedikit yer, tapi banyak ahahhhahah ) Alhamdulillah kami memperoleh markah yang penuh bagi tugasan ini. Terima kasih Prof !


#kamiredhawalaukelasonline
#mukatakmandilagi
#staysafe
#stayathome





















BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Dear prof kesayangan, Terima kasih untuk setiap ajaran... Terima kasih untuk segala ilmu... Terima kasih untuk didikan yang sempurna... Sa...