Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses pemulihan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
( Normaliza Abd Rahim, 2014 )
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
( Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017 )
Huraian untuk kedua-dua rujukan
Berdasarkan kedua-dua rujukan tersebut, penulisan dalam media sosial seperti Twitter amatlah penting kerana ianya memberi kesan yang besar kepada pelajar dalam pelbagai aspek. Hal ini demikian kerana pengguna Twitter ini dapat memperbaiki cara dan tahap penulisan yang sesuai untuk berkomunikasi. Mereka dapat meluahkan emosi dan perasaan semasa menulis juga. Namun, terdapat cabaran yang mengganggap bahawa penulis sendiri tidak yakin dengan penulisan mereka kerana bimbang akan kesalahan ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Mereka berasa tidak yakin dan takut apabila orang lain membaca dan memberi komen yang negative terhadap penulisan tersebut. Walhal, sebenarnya menulis di dalam media sosial adalah memberi pengalaman dan keyakinan untuk terus berkarya dalam bidang penulisan. Selain itu, rujukan kedua menerangkan bahawa dalam proses pembelajaran pelajar lebih gemar untuk melibatkan secara terus dalam aktiviti agar dapat memberi fokus yang tinggi. Bagi mengelak salah faham dalam proses pembelajaran, adalah penting untuk pelajar mempunyai penglibatan secara terus. Menulis sebenarnya menyampaikan dan mengeluarkan idea- idea yang mencurah-curah dalam fikiran individu tersebut. Kemahiran menulis haruslah dipraktikkan menerusi pembacaan ilmiah yang banyak supaya dapat memperbaiki teknik penulisan masing-masing. Dalam menggunakan Twitter, ianya membawa kepada pemahaman lebih baik tentang cara penulisan yang efektif kepada orang ramai. Twitter juga adalah salah satu flatform yang mudah untuk diakses.
Rujukan :
Ehh !! Media Sosial. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Penerbit UMT. Universiti Malaysia Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan