BBN3402

Rabu, 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi


Bahagian A
Nama: Ainur Nadhirah binti Abu Bakar
No.Matrik: 197802
Strategi Kesopanan
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini…
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.


Kesopanan Positif
Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
Mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rta tidak dibenarkan.
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cnatik baju kamu.

Rujukan
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Normaliza Abd Rahim (2019) Universiti Malaysia Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.



Bahagian B
Cerita ini mengisahkan seorang kanak-knak yang ceria yang bernama Alim. Ali ini mempunyai keluarga yang bahagia yang terdiri daripada ayah, ibu, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Cerita sosial 2 ini mengisahkan tentang hubungan kejiranan yang dipupuk dengan baik oleh dua buah keluarga serta sikap keprihatian dan baik hati Alim terhadap orang lain. Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim telah membeli buah-buahan di pasar tani kerana bapanya tahu anak- anaknya gemar makan buah-buahan. Buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah duku, buah langsat dan sebagainya.dalam rumah itu sungguh gembira kerana dapat berkumpul untuk menikmati buah-buahan tempatan tersebut. Ibu menyediakan bakul sampah dan mengingatkan anak-anak meletakkan sampah di dalam bakul yang disediakan. Ibu dan ayah Alim sentiasa menasihati anak-anak mereka. Kemudian, Alim menanyakan kepada ibu untuk memberikan buah-buahan kepada jiran mereka iaitu, Sulaiman. Selepas Alim memberikan seplastik buah-buahan kepada Sulaiman, lantas Sulaiman dengan gembira mengucapkan terima kasih kepadanya. Setelah selesai makan, Alim membantu abang dan kakaknya serta ibu bapanya mengemas rumah. Semasa di luar rumah, Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman mengucapkan terima kasih ketika terserempak dengan Alim. Alim juga berkata bahawa ibu sentiasa mengingatkannya untuk berkongsi kerana ianya salah satu perbuatan yang baik. Mereka hidup dalam semangat dan nilai moral kejiranan yang tinggi.




Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Dear prof kesayangan, Terima kasih untuk setiap ajaran... Terima kasih untuk segala ilmu... Terima kasih untuk didikan yang sempurna... Sa...