197802
1.
Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another
fight to me calm again.
Terjemahan
Melayu: Apabila saya sedang tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan
sentiasa berusaha dan terus berusaha demi mendapatkan ketenangan itu
semula.
Bukti:
Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
"Kenapa
ayam dan itik tinggal di sana?," tanya Alim keliru. Alim berjalan dengan
nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim tersenyum melihat ayam
dan itik. Alim tidak mengendahkan nenek dan datuk yang berdiri di sebelah Alim.
2.
Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment
that I cherished forever.
Terjemahan
Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan sentiasa menjadi detik
terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga saya)
"Saya
rindu keluarga saya setiap hari," sebut Alim sambil tersenyum.
3.
Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than
anything else.
Terjemahan
Melayu: Hidup dalam kemiskinan akan menyedarkan saya bahawa kehidupan adalah
lebih berharga daripada segalanya.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Kami
sayang dan rindu Alim," kata ahli keluarga yang lain serentak. Mereka
semua ketawa.
4.
Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that
it will be difficult most of the time.
Terjemahan
Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung yang tertinggi walaupun
saya tahu bahawa perkara tersebut akan menjadi paling sukar sepanjang masa.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Anak
ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil
penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan
ya!," bisik ibu perlahan.
5.
Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.
Terjemahan
Melayu: Saya merupakan seorang yang baik dan saya tahu saya akan sentiasa
menjadi yang terbaik.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga saya)
"Alim
anak yang rajin dan baik," sebut ibu sambil memegang bahu Alim.
6.
Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in
the world.
Terjemahan
Melayu: Andai dapat saya meluahkan rasa cinta ini kepada awak, pasti saya akan
menjadi insan yang paling bahagia di dalam dunia ini.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Saya
sayang keluarga saya," ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.
7.
Teks Asal: I have faith in you.
Terjemahan
Melayu: Saya percayakan awak.
Bukti:
Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
"Ini
Alim. Kamu beri Sulaiman. Ibu nampak dia sedang siram pokok bunga tadi,"
kata ibu sambil menghulurkan plastik yang mengandungi buah rambutan dan
manggis.
8.
Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.
Terjemahan
Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk mengatakan bahawa segalanya akan
menjadi baik.
Bukti:
Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
"Baik
sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa," kata ibu
sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah.
9.
Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day.
Terjemahan
Melayu: Ibu bapa saya sentiasa percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang
baik suatu hari nanti.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Alim
anak yang rajin dan baik," sebut ibu sambil memegang bahu Alim.
Rujukan:
Noraien
Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu:
Penerbit UMT.
Normaliza
Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan
Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan