BBN3402

Rabu, 6 Mei 2020

BAB 7 : ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA


  • BAB 7 :   ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Pengenalan :
  •          Rangkaian sosial memberi motivasi untuk bekerja, bersosial dan lain-lain tujuan.
  •       Rangkaian sosial membantu organisasi mengendalikan perniagaan, membantu pengajar memberi maklumat kepada pelajar,menolong orang ramai dalam kehidupan seharian.

Teori dan literature :
  •          Brandtzeg (2012) membuat kajian menfokuskan kepada jaringan sosial yang membangkitkan soalan yang penting tentang implikasi sosial tentang penggunaannya.
  •          Dunbar et al. (2015) mengatakan bahawa rangkaian sosial memberikan impak yang besar terhadap interaksi secara berhadapan.
  •          Brandtzeg & Heim (2011) menyatakan bahawa ragkaian sosial dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
  •          Waheed et al. (2007) mendakwa bahawa rangkaian sosial digunakan untuk bersosial dan berinteraksi secara professional dengan orang ramai.
  •          Bsharah et al. (2017)menyatakan bahawa rangkaian sosial mampu menunjukkan kebijaksanaan penggunaannya dan berkongsi maklumat yang memberi impak positif.
  •       Normaliza Abd Rahim  et al. (2017) dan Noraien mansor & Normaliza Abd Rahim (2017) membuat kajian atas penggunaan teknologi akan menolong memotivasikan pelajar dan juga meningkatkan minat terhadap benda baharu.
  •        Qui et al. (2012) membuat kajian tentang twitter dan ia mempamerkan personality berkenaan dengan penjelasan dan tanggapan mereka.
  •          Ku et al. (2013) & Qu et al. (2012) menyatakan bahawa penggunarangkaian sosial berpuas hati kerana mereka boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan dan meluahkan pendapat dan perasaan.
  •       Al-Sharqi et al. (2015) dan Ahn & Park (2015) menyatakan bahawa twitter adalah satu rangkaian yang digunakan untuk menghantar pesanan kepada pengguna lain.
  •  Jusoh & Al Faraweh (2017) mengkaji kelakuan pengguna facebook pada peringkat siswazah di Jordan.


Metodologi :
  •          Sampel terdiri daripada 100 responden pengguna rangkaian sosial
  •   Responden diminta untuk meberi pendapat berkenaan isu yang dibangkitkan dengan menggunakan rangkaian sosial.
  •      Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan peratus, sampel keterangan diperoleh daripada responden untuk menyokong data.

Hasil dan perbincangan :
1 )        Penggunaan Bahasa dalam Rangkaian Sosial
·         70% pengguna twitter menunjukkan bahawa pilihan perkataan dalam keterangan tidak relevan
·         80% pengguna blog menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan tidak sesuai
·         60% Facebook sangat mengelirukan dan mengandungi perkataan dan bahasa yang tidak sesuai
·         60% bagi emel yang mengatakan penggunanya menggunakan bahasa yang sangat mengelirukan
2 )        Struktur ayat dalam Rangkaian Sosial
·         88% daripada pengguna Instagram gagal dalam penggunaan struktur ayat.
·         60% pengguna Twitter menyatakan bahawa struktur ayat tidak dapat difahami disebabkan kesalahan dalam struktur ayat itu sendiri
·         84% pengguna blog menggunakan struktur ayat yang salah dalam penulisan
·         72% pengguna Facebook menjelaskan penggunaan “ status” tidak ditulis dengan sesuai
·         70% pengguna e-mel menyatakan bahawa struktur ayat di dalam e-mel tidak difahami dan ditulis secara tidak rasmi serta banyak kesalahan tatabahasa
Kesimpulan :
  •          Kajian ini membantu pengguna untuk memahami kesan penggunaan bahasa yang tidak sesuai di dalam rangkaian sosial.
  •          Diharapkan kajain akan datang dapat memfokuskan cara untuk mengatasi masalah yang timbul dalam penggunaan rangkaian sosial.


















RUJUKAN :

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Univeristi Malaysia Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Dear prof kesayangan, Terima kasih untuk setiap ajaran... Terima kasih untuk segala ilmu... Terima kasih untuk didikan yang sempurna... Sa...