BBN3402

Rabu, 6 Mei 2020

BAB 7 : ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA


  • BAB 7 :   ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Pengenalan :
  •          Rangkaian sosial memberi motivasi untuk bekerja, bersosial dan lain-lain tujuan.
  •       Rangkaian sosial membantu organisasi mengendalikan perniagaan, membantu pengajar memberi maklumat kepada pelajar,menolong orang ramai dalam kehidupan seharian.

Teori dan literature :
  •          Brandtzeg (2012) membuat kajian menfokuskan kepada jaringan sosial yang membangkitkan soalan yang penting tentang implikasi sosial tentang penggunaannya.
  •          Dunbar et al. (2015) mengatakan bahawa rangkaian sosial memberikan impak yang besar terhadap interaksi secara berhadapan.
  •          Brandtzeg & Heim (2011) menyatakan bahawa ragkaian sosial dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
  •          Waheed et al. (2007) mendakwa bahawa rangkaian sosial digunakan untuk bersosial dan berinteraksi secara professional dengan orang ramai.
  •          Bsharah et al. (2017)menyatakan bahawa rangkaian sosial mampu menunjukkan kebijaksanaan penggunaannya dan berkongsi maklumat yang memberi impak positif.
  •       Normaliza Abd Rahim  et al. (2017) dan Noraien mansor & Normaliza Abd Rahim (2017) membuat kajian atas penggunaan teknologi akan menolong memotivasikan pelajar dan juga meningkatkan minat terhadap benda baharu.
  •        Qui et al. (2012) membuat kajian tentang twitter dan ia mempamerkan personality berkenaan dengan penjelasan dan tanggapan mereka.
  •          Ku et al. (2013) & Qu et al. (2012) menyatakan bahawa penggunarangkaian sosial berpuas hati kerana mereka boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan dan meluahkan pendapat dan perasaan.
  •       Al-Sharqi et al. (2015) dan Ahn & Park (2015) menyatakan bahawa twitter adalah satu rangkaian yang digunakan untuk menghantar pesanan kepada pengguna lain.
  •  Jusoh & Al Faraweh (2017) mengkaji kelakuan pengguna facebook pada peringkat siswazah di Jordan.


Metodologi :
  •          Sampel terdiri daripada 100 responden pengguna rangkaian sosial
  •   Responden diminta untuk meberi pendapat berkenaan isu yang dibangkitkan dengan menggunakan rangkaian sosial.
  •      Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan peratus, sampel keterangan diperoleh daripada responden untuk menyokong data.

Hasil dan perbincangan :
1 )        Penggunaan Bahasa dalam Rangkaian Sosial
·         70% pengguna twitter menunjukkan bahawa pilihan perkataan dalam keterangan tidak relevan
·         80% pengguna blog menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan tidak sesuai
·         60% Facebook sangat mengelirukan dan mengandungi perkataan dan bahasa yang tidak sesuai
·         60% bagi emel yang mengatakan penggunanya menggunakan bahasa yang sangat mengelirukan
2 )        Struktur ayat dalam Rangkaian Sosial
·         88% daripada pengguna Instagram gagal dalam penggunaan struktur ayat.
·         60% pengguna Twitter menyatakan bahawa struktur ayat tidak dapat difahami disebabkan kesalahan dalam struktur ayat itu sendiri
·         84% pengguna blog menggunakan struktur ayat yang salah dalam penulisan
·         72% pengguna Facebook menjelaskan penggunaan “ status” tidak ditulis dengan sesuai
·         70% pengguna e-mel menyatakan bahawa struktur ayat di dalam e-mel tidak difahami dan ditulis secara tidak rasmi serta banyak kesalahan tatabahasa
Kesimpulan :
  •          Kajian ini membantu pengguna untuk memahami kesan penggunaan bahasa yang tidak sesuai di dalam rangkaian sosial.
  •          Diharapkan kajain akan datang dapat memfokuskan cara untuk mengatasi masalah yang timbul dalam penggunaan rangkaian sosial.


















RUJUKAN :

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Univeristi Malaysia Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.





















CERITA SOSIAL 3 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3










Nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3 adalah nilai tolong-menolong, penyayang, dan nilai kesabaran. Nilai tolong-menolong dapat ditunjukkan dalam situasi adik beradik Alim menolong membuat kerja rumah antara satu sama lain. Selain itu, nilai murni penyayang yang ditunjukkan oleh seorang ibu kepada anak amatlah wajar iaitu ibu Alim memegang tangannya dan mengusap sambil tersenyum. Nilai terakhir adalah nilai kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang budak kecil yang sentiasa sabar dan rajin bekerja untuk menolong ibu bapanya.
Rujukan
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Normaliza Abd Rahim (2019) Universiti Malaysia Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMAIZA ABD RAHIM, 2019)




Kepentingan Asas Grafik

Kepentingan utama adalah menarik minat semua golongan masyarakat yang setiap grafik mengandungi asas grafik yang sesuai akan memberi peluang kepada masyarakat untuk membaca dan memahami mesej yang ingin disampaikan. Kepentingan asas grafik yang kedua adalah mudah difahami tanpa audiens berasa ragu-ragu ataupun keliru dengan perkara yang dipaparkan. Selain itu, mesej adalah sangat penting dalam asas grafik kerana ianya meninggalkan kesan kepada masyarakat luar. Di samping itu, ketara adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah tanpa sebarang kekeliruan. Akhir sekali, kepentingan asas grafik adalah promosi. Dengan mempromosikan barangan tersebut, kesan positif dapat dilahirkan terhadap masyarakat.

Rujukan :
Multimedia dalam Bahasa, Normaliza Abd Rahim (2019), Universiti Putra Malaysia.



                                                                   


BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Dear prof kesayangan, Terima kasih untuk setiap ajaran... Terima kasih untuk segala ilmu... Terima kasih untuk didikan yang sempurna... Sa...